Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Rabu, 20 April 2011

Dituduh Main Tino, Jual Game, Kuatkan Lagi Semangat Saya : Piya


"Saya ni macam pemain lain juga, ada time jadi, ada time tak menjadi. Biasalah semua pemain tak selalu top form, dan sebagai kapten, saya kecewa lah, masa tak menjadi, macam2 orang tuduh..tidur lewat lah, main tino lah, jual game lah. tapi saya jadikan itu semua sebgai dorongan utk main lebih baik dan buktikan saya bukan seperti apa mereka cakap. Saya tahu penyokong ni sayang team kelate, sayang kat saya, tapi bila prestasi down janganlah tuduh bukan-bukan, ini akan menjejaskan tanggapan orang terhadap saya, terhadap pasukan..bila menang, tidur pukul 5 ke, tak tidur langsung ke takda orang nak kisah”, luahan kapten kesayangan The Red Warriors, Badri Razi, atau nama glamernya, Piya.

Piya, yang menjadi sasaran kritikan ramai ekoran prestasi merudumnya yang turut menjejaskan prestasi TRW, akhirnya menutup mulut pengkritik dengan aksi mengagumkan, apabila menjaringkan hattrik pada perlawanan menentang Perlis semalam, di mana Kelantan menang 5-1.

Piya nyata lega, apabila menemui semula sentuhan berbisanya selepas sekian lama tidak berada di prestasi terbaik, sepanjang saingan liga musim ini, dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kata semangat kepadanya.

Beliau direhatkan ketika menentang Felda Utd, selepas persembahan hambar menentang T-Team, yang menyaksikan Kelantan tewas 3-4, sekaligus pelbagai tuduhan dilemparkan, termasuklah kononnya Piya menjual perlawanan, malah ada yang menyifatkannya mula riak dengan status pemain bintang dalam pasukan.

“saya tak pernah anggap saya ni bintang, saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai kapten dan pemain. Saya gembira rakan2, jurulatih selalu bagi sokongan, kita ni jadual agak padat, ketat, kita penat, apabila sudah dapat rehat secukupnya, saya kembali ke prestasi asal, memang kita nak lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan, itu azam kami,  dan insyaallah kejayaan ini akan berterusan selepas ini..”.

dipetik  dari:http://suarasukan1mas.blogspot.com

Ahad, 17 April 2011

video promot Kel-Sel



Kredit Tuan Video

Khamis, 14 April 2011

SULTAN KELANTAN DIHINA


SULTAN KELANTAN DIHINA


assalamualaikum dan salam sejahtera..dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..sekalian puji bagi Allah yang telah memberi nikmat kehidupan untuk aku terus berjuang di atas muka bumi-Nya ini..


sedang aku asyik mencari idea untuk dimuatkan dalam blog ini..terjumpalah satu gambar yang mungkin akan menyebabkan seluruh rakyat kelantan naik angin..kenyataan yang dibuat oleh seorang penyokong p**** yang menghina sultan kelantan dalam FBnya..


bagi aku kalau nk meraikan kemenangan sekali pun..jangan la sampai hina sultan kami (sultan kelantan)...aku sebagai penyokong pasukan kelantan boleh menerima kekalahan..tapi bila dah sampai hina sultan kelantan mcm ni, ni dah dikira kes kenegerian ni..


ni facebook dia..wahai pemuda p**** yang menghina sultan kelantan...adakah sultan p**** itu sempurna orangnya...budak ni siap cakap sultan kelantan minum arak lagi...kalau benda tu betul xpe bro..kalau benda tu salah..hukumnya ko dah fitnah orang bro..fitnah orang ni hukumnya lebih besar dari membunuh sesama islam..


aku xtahu nak cakap pe lagi..harap pihak berwajib ambil tindakan..TSAM sila pertahankan sultan kita...aku sebagai rakyat kelantan aku tahu macam mana sultan 


Artikel ini dipetik tanpa edit dari:http://ahmadfadhli-pokli.blogspot.com/2011/04/sultan-kelantan-dihina.html

Rabu, 13 April 2011

Perak vs Kelantan ....kecoh...



Credit:Mzadin

Jumaat, 8 April 2011


Perlawanan T-Team melawan Kelantan dalam aksi Liga Super dikatakan sebagai perlawanan “membalas dendam”.Apakah perlawanan antara Kelantan bertemu Felda di Kota Baru esok,boleh dianggap sebagai perlawanan “membalas dendam??”

Banyak persamaan…kedua-dua pasukan tersebut merupakan pasukan yang disingkirkan oleh Kelantan dalam saingan Piala FA.

T-Team disingkirkan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Syah,Kuala Terengganu dan di tempat yang sama juga T-Team menembus dendam mereka keatas pasukan yang digelar The Red Warriors.

Esok pula pasukan Felda akan bermain di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,tempat yang sama mereka disingkirkan dari saingan Piala FA.

Namun,keputusannya belum diketahui.Adakah sama atau berbeza??.
Nantikan esok secara LIVE DI RADIO ONLINE RASMI PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (TRWFM).

Selasa, 5 April 2011

T-Team Kota Janji, Kelantan Tiada Potensi Juara – Indra Putra


Selepas menyaksikan pasukannya mengotakan janji membenam cabaran pendahulu liga Kelantan, bekas kapten skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin menambah kecewa dan amarah peminat pasukan Kelantan apabila dengan angkuhnya mengatakan bahwa Juara Piala Malaysia itu tidak mempunyai ramuan bergelar juara, dan hanya boleh bermimpi mendakap kejuaraan liga buat pertama kali.

Kelantan tewas buat kali kedua musim ini, yang mana kali kedua dalam tiga perlawanan terakhir liga, di mana Indra menjaringkan gol ketiga pasukannya, sekaligus membuktikan sentuhannya masih berbisa di sebalik kritikan bahawa prestasinya tidak lagi memberi impak kepada pasukan lawan.  

Menang 4-3 selepas mendahului 3-0 pada satu ketika dalam perlawanan yang cukup mendebarkan itu, T-Team hampir berputih mata berdepan kebangkitan lewat Kelantan, namun Indra berkata kemampuan pasukannya mencatat kemenangan ketiga musim ini, dan yang kedua berturut-turut membuktikan pelaburan pengurusan pasukan membawa masuk nama-nama besar sebelum musim bermula, mula membuahkan hasil.

Indra juga berkata ini membuktikan Kelantan bukanlah pasukan yang sukar ditewaskan atau layak digeruni, dan mereka ketika ini berdepan tekanan hebat ekoran terlepas status pendahulu, selain harapan besar peminat yang mahu Kelantan sentiasa mencatat keputusan cemerlang.

“Inilah antara sebab saya meninggalkan Kelantan, memang ini antara sebab utama. Tidak salah meletak harapan kepada pasukan, tetapi harapan itu haruslah berbentuk sokongan, dorongan. Ini tidak bila menang kami dipuji, bila kalah kami dikritik hebat, malah peminat sentiasa mahu kami menang, mereka harus tahu kalah menang adat pertandingan, bila nak selalu menang, ia akan memberi tekanan, player pun tak boleh perform..” jelas Indra.

Tambah bekas kapten skuad kebangsaan ini, Kelantan akan berdepan laluan lebih sukar selepas ini, apatah lagi mereka akan menentang pasukan yang berada di prestasi terbaik ketika ini, iaitu Perak, Selangor, Felda United termasuk ‘abang’ mereka, Terengganu. 

Selain Indra, 3 lagi gol T-Team dijaringkan Zairo Anuar Zailani, Norfarhan Mohd, dan Harris Safwan, manakala Kelantan membalas menerusi Daniel Fadly, S.Chanturu dan Shakir Shaari.

Untuk rekod juga, ini merupakan pertama kali Kelantan bolos lebih daripada 3 gol, selepas keputusan seri 3-3 menentang Pahang di Stadium Darul Makmur musim lalu sekaligus menimbulkan persoalan hebat terhadap keampuhan barisan pertahanan Kelantan, yang muncul pertahanan terbaik Liga Malaysia musim lalu, hanya bolos 14 gol. 

Kekalahan juga menyaksikan Kelantan jatuh ke tangga ketiga, di belakang Selangor dan Perak yang menewaskan lawan masing-masing Harimau Muda dan Perlis, 2-1.

Selepas ini, TRW akan menentang Felda Utd di gelanggang sendiri, manakala T-Team pula bertandang ke Stadium Shah Alam, menentang pendahulu baru, Selangor.

ARTIKEL INI DIPETIK TANPA EDIT DARI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls