Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Ahad, 30 Januari 2011

Piala Sultan Ahmad Shah:Kelantan Sekat Hatrik Selangor


By:Kelantanfc
Grafik:Kelantanfc


Taniah Kelantan kerana berjaya menyekat Pasukan Selangor daripada mencatat sejarah sebagai pasukan pertama yang menjuarai Piala Sultan Ahmad Syah selama 3 tahun berturut-turut.

Taniah juga kepada pasukan Kelantan ,walaupun inilah pertama kali bertanding dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah sejak diperkenalkan pada tahun 1985,Namun pasukan The Red Warrior berjaya memjulang Piala tersebut buat pertama kalinya ke bumi Kelantan.

Dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah semalam,Pasukan Kelantan yang baru sehari dibimbing oleh Datuk M.Karathu berjaya menewaskan pasukan Selangor 2-0 di stadium shah Alam yang dihadiri lebih kurang 40 ribu penonton.

Jaringan Pemain paling bernilai 2010 Norshahrul Idlan Talaha dan Piya pada minit ke 8 dan minit ke 84 ,secara langsung menindakkan usaha pasukan Selangor untuk mencipta hatrik menjuarai Piala Sultan Ahmad Syah.

Selasa ini,Kelantan akan menanti musuh tradisinya Terengganu di Kota Bharu

”Gomo Kelate Gomo..Gomo Belako Hok Ado”

Rabu, 26 Januari 2011

M.Karathu Ganti Sathia



By:Kelantanfc
Grafik:Kelantanfc


Tan Sri Anuar Musa (TSAM) dalam rancangan Fomasi di Astro Arena Saluran 8o1 berkata M.Karathu bekas jurulatih Perak 2008-2009 akan menggantikan tempat B.Shatianathan.

18 tahun dahulu iaitu pada tahun 1993,M.Karathu pernah melatih pasukan Kelantan dan berjaya membimbing pasukan Kelantan sehingga keperingkat separuh akhir.Namun anak didiknya tewas tipis kepada pasukan Kedah 3-2.

Kelantan akan bertemu pasukan Selangor penyandang Piala Sultan Ahmad Syah tahun 2009 dan 201o di stadium Shah Alam 29 Januari ini,bagi merebut piala Sultan Ahmad Syah.

Ini bermakna M.Karathu hanya mempunyai tempoh sehari untuk melatih skuad kijang kerana pada hari jumaat nanti anak didik bekas B.Sathianathan akan berangkat ke Selangor.

Gomo Kelate Gomo...Gomo Belako Hok Ado

ISU SATHIA:8 Anak Muda Serah Memoradum Kepada FAM

By :KelantanFc
Foto:Credit DjBig TRWFM

Kira-kira 8 orang anak muda yang menyokong pasukan The Red Warrior menyerahkan  memoradum bantahan kepada FAM  di wisma FAM  petang tadi.Bagaimanapun isi kandungan memoradum tersebut tidak didedahkan kepada umum.Namun,Kelantanfc difahamkan memoradum tersebut berkaitan dengan isu pergantungan B.Shatianathan jurulatih pasukan Kelantan.
Berkaitan dengan bilangan penyokong yang hadir,INI JAWAPAN MEREKA...

"Kami tiada KUANTITI, tap kami ada KUALITI...buktinya hari ini kami telah gegarkan FAM walaupun hanya berlapan dan dipaksa bersurai dgn 4 petrol car PDRM siap bersenjata lengkap termasuk M16...kepada penonton Kelantan (bukan penyokong) yang hanya bersembang sebesar bukit dialam maya ini, terima kasih, kami ucapkan. Terima kasih FA...M, terima kasih PDRM. -"
in the red mania we trust""

Selasa, 25 Januari 2011

Kerajaan Kelantan Cakna Sukan,Pemain TRW Dapat Ganjaran RM200 Ribu

By:gegarkelantan.net

KOTA BHARU, 25.Jan - Kecaknaan kerajaan Kelantan dalam pembangunan sukan di negeri ini diakui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA ) Tan Sri Annuar Musa terutamanya dalam pembangunan bolasepak Kelantan. 

Annuar berkata walaupun berlainan fahaman politik, namun dalam arena sukan bolasepak, ia patut diketepikan demi mencapai kejayaan.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kerajaan negeri kepada pemain The Red Warriors bertempat di Dewan Teratai Kompleks Darulnaim hari ini.

Menurut Annuar lagi, walaupun sumbangan kerajaan kali ini berupa wang ringgit sejumlah RM200 ribu untuk diagihkan kepada pemain, ia juga dilihat sebagai tanda kerjasama rapat diantara kerajaan negeri dan KAFA.

Sebelum ini KAFA juga telah menerima sumbangan dari kerajaan Kelantan berupa tajaan menunaikan umrah di atas kejayaan menjadi naib juara Piala Malaysia 2009, namun ia telah ditukarkan kepada wang tunai pada tahun 2010.

Turut hadir dimajlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan negeri kepada pemain The Red Warriors ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Fattah Mahmood, exco negeri dan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa .

Sementara itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucapan berharap pemain skuad The Red Warriors tidak akan mengabaikan solat walaupun di mana berada.

“ tuan-tuan perlu ingat kalau di padang bola sepak,tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayankan oleh malaikat”ujar beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata walaupun sumbangan kali ini berbentuk wang ringgit, namun ia juga boleh dijadikan perangsang untuk meningkatkan semangat pemain dalam mengekalkan kejuaraan dalam Liga M musim 2011 ini.

“Kalau musim dulu kita memberi sumbangan berbentuk umrah,tetapi kerajaan berfikir lebih baik kita bagi wang ringgit kali ini agar keluarga pemain juga dapat menikmati sumbangan tersebut”ujar beliau. 

Beliau juga berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan KAFA dapat ditingkatkan demi pembangunan sukan bolasepak negeri.

“Saya amat berbesar hati sekiranya pemain The Red Warriors dapat mengekalkan prestasi di samping dapat menjaga ibadah solat kerana Islam tidak menghalang umatnya untuk menyertai sukan asalkan ia tidak melanggar syariat agama”katanya lagi.


Sathia Masih Bersama TRW


By:http://trwfmradio.blogspot.com/
(credit TRWFM)
TRW.FM mengucapkan tahniah kepada B. Sathianathan yang akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bolasepak AlHamra Red Warrriors Kelantan (KARFA) mulai 1 Februari 2011.

Akademi TRW juga akan memperlihatkan pembabitan aktif rakan utama TRW, happy dan AlHamra, yang akan turut sama di dalam perancangan dan aktiviti-aktiviti pembangunan bolasepak negeri Kelantan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, juga telah melantik Sathia sebagai Penasihat Teknikal dan Pembangunan kepada Presiden KAFA. Dengan perlantikan ini, Sathia dilihat akan terus memberi khidmat dan sumbangan kepada pasukan The Red Warriors, walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan Ketua Jurulatih akibat penggantungan yang dikenakan oleh FAM.

Sementara itu, KAFA masih belum lagi menamakan Ketua Jurulatih baru yang akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Sathia. Walau bagaimanapun, beberapa nama telah dicadangkan untuk diberi perhatian di dalam mesyuarat pengurusan yang berlangsung malam tadi.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, jawatan tersebut akan dipangku sementara oleh Hashim Mustapha. KAFA akan memohon pengecualian peraturan FAM berkenaan lesen jurulatih, sehingga jurulatih Lesen A yang sesuai diambil untuk menggantikan tempat Sathia.

Tan Sri Annuar memaklumkan perkara ini selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Kepada Pemain-Pemain TRW sempena kejayaan menjadi juara Piala Malaysia musim lalu oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sebentar tadi. 

Isnin, 24 Januari 2011

Azrai ganti B.Shatianathan...?



By:Kelantanfc
Grafik:Anazs dan Kelantanfc


Semalam,Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),mengumumkan keputusan mengekalkan hukuman gantung 6 bulan dan denda RM2000 terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.Hukumam tersebut akan bermula pada 23 januari dan akan tamat pada 24 julai tahun ini.

Ekoran keputusan itu,Kelantan kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat Azrai Khor Abdullah bagi menggantikan B.Sathianathan .

Namun,kemelut antara Azrai Khor Abdullah dengan FAM  yang masih belum selesai mungkin membantut usaha pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk medapatkan khidmat beliau.

Sebelum ini,Azrai Khor Abdullah yang "direhatkan" oleh FAM daripada melatih Skuad Harimau Muda A kerana gagal menyerlah sewaktu dihantar ke Slovakia terpaksa menolak tawaran sebagai jurulatih dalam dan luar negara kerana masih terikat dengan kontrak FAM sehingga hujung tahun ini.

KAFA akan mengadakan sidang media hari ini,di pejabat SUK Kelantan 12.00 tengahari nanti.

"Gomo Kelate Gomo..Gomo Belako Hok Ado"





Luahan Aku...

by:KelantanfC

Pasukan Aku ni mace “jatuh ..pahtuss berlebuk tangga jatuh atah palo”.Hajat nak tgk pasukan aku jadi   pasukan biso 2011,ado sokmo halange.. ...Mulor-mulor sep sohor kena curi ko ore 3 ore.,gi main ngan T-team.

Loni rayuan Sateyal plok kena tolok ko FAM.FAMKekal gantung 6 bule.Maknonyo supo kata TSAM difacebook dio “…6 bulan DARI 24 jan-23 july...ini bermakna meliputi sepanjang liga super Dan piala FA 2011..”

Tapi bakpos????

Kalu pasuke lain FAM bulis pulok tarik balik hukume?

Pasuke tu mulor-mulor kena potong 3 mato,pahtuss denda 20 ribu yal.Tuo jurulatih kena denda 10ribu yal.Pahtuss player dio kena seribu sore denda.Kesnya sbb FAM jatuh hukum saloh ko pasuke tu..sbb lari dari krusus kendalian Lan Rush.

Hok herenya...FAM tarik balik hukuman tu slps pasuke tu wat rayuan.Terlepas laa jwbnya pasuke tu.

Tapi kea...bakpos kalu pasukan lain bulis pertimbe,bakposs pasuke kelate dop leh??


Sathia Letak Jawatan:FAM Sabotaj Pasukan Kelantan???



By:KelantanFC

Jurulatih Kelantan,B.Sathianathan menolak khabar angin  bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuanya untuk digantung tugas selama enam bulan kerana melemparkan kritikan terhadap FAM mengenai jadual perlawanan yang diaturkan oleh FAM,lapor BERNAMA.COM di portalnya hari ini pada jam 2.51 petang tadi.

Namun pada jam 3.01 minit petang tadi UTUSAN ONLINE melaporkan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu.(kemaskini:Carian berita ini oleh penulis di Utusan Online pada jam 6.21 petang telah pun tiada di laman tersebut.Mungkin ditarikbalik )

Sebelum ini,B.Sathianathan didapati bersalah oleh Jawantankuasa FAM.Namun FAM menangguhkan hukuman tersebut bagi memberi peluang kepada beliau membimbing  pasukan Kelantan yang berjaya mara keperingkat akhir Piala Malaysia 2010.

Tindakan FAM menangguhkan hukuman tersebut melegakan penyokong Kelantan yang rata-rata berang dan menganggap tindakkan FAM mengambil tindakkan displin terhadap jurulatih The Red Warriors disaat akhir menghadapi Piala Malaysia sebagai tindakan sabotaj oleh FAM terhadap pasukan Kelantan. 

Episod kali ini juga hampir sama,apabila tinggal  beberapa hari lagi untuk Kelantan  bertemu Selangor  di Stadium Shah Alam dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah.Ini merupakan kali pertama Kelantan akan beraksi dalam piala tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 1985.

Persoalannya,adakah tindakkan FAM kali ini, yang membuat keputusan untuk meneruskan hukuman B.Sathianathan disaat-saat beberapa hari lagi,menjelang pertemuan pasukan Kelantan dengan selangor dalam Piala Sultan Ahmad Syah sebagai satu tindakkan sabotaj oleh FAM???

"GOMO KELATE GOMO....GOMO BELAKO HOK ADO"

Ahad, 23 Januari 2011

happy Menjadi Rakan Utama The Red Warriors



happy Menjadi Rakan Utama kepada KAFA dengan Perjanjian Penajaan Pasukan The Red Warriors

Kota Bharu, 23 Januari 2011 -  Dalam usaha untuk bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri Kelantan, happy satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur, telah menjadi rakan utama kepada Pasukan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) dengan kontrak penajaan pasukan The Red Warriors bersama program pembangunan bola sepak di kalangan remaja.

Perjanjian antra kedua belah pihak telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang diadakan di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu hari ini. happy diwakili oleh Roslan Rosli, Pengurus Besar happy manakala KAFA diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Tuan Haji Mohd Nordin Awang, dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Daro' Seri Annuar Hj Musa selaku Presiden KAFA. Penajaan elit ini meliputi kesemua perlawanan pasukan The Red Warriors di dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.

Menurut Roslan, "happy amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan KAFA, serta pasukan The Red Warriors, sekaligus dapat bersama-sama meningkatkan prestasi sukan bola sepak di negara ini khususnya bagi pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yang telah menjuarai Piala Malaysia musim lalu. Di bawah perjanjian ini juga, happy akan bekerjasama dengan KAFA untuk membawa kemeriahan bola sepak melalui pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tahun kepada masyarakat negeri ini.

"Pembabitan happy juga dianggap berbeza dari sekadar menaja pasukan elit kerna ia turut membabitkan pembangunan bola sepak di kalangan remaja. Ia termasuklah aktiviti mencungkil dan mengasah bakat untuk menjadikan mereka sebagai pemain profesional, secara tidak langsung ia memastikan pembangunan bola sepak dapat dilaksanakan ke seluruh pelusuk negeri ini. Pelaksanaan pelbagai aktiviti ini, diharap akan menjadi inspirasi atau pencetus kepada golongan muda untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak," kata Roslan lagi.

Tan Sri Dato' Seri Annuar turut berkata, "Kami amat berbangga apabila pasukan bola sepak bagi setiap negeri di Malaysia kini diberi kebebasan untuk mendapatkan penajaan. Justeru itu kami sungguh teruja dengan kerjasama dengan happy, sekali gus membawa keghairahan bola sepak Kelantan untuk lebih rapat kepada masyarakat negeri ini yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu kepada pasukan The Red Warriors. Malah, kami yakin kerjasama ini kelak dapat membantu KAFA membangunkan sukan bola sepak di negeri ini serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan generasi muda untuk memperkasakan lagi pasukan The Red Warriors."

Jersi baru pasukan bola sepak Kelantan turut diperkenalkan dengan penjenamaan happy dengan logo tertera di bahagian hadapan.

Antara aktiviti dan promosi yang akan diadakan termasuklah penganjuran fiesta bola sepak bersama KAFA, siaran perlawanan terpilih menerusi skrin gergasi bagi peminat di lokasi-lokasi tertentu, kandungan interaktif ke telefon bimbit pelanggan seperti jadual waktu perlawanan dan berita terkini pasukan, serta pelbagai kandungan yang boleh dimuat turun termasuk nada dering pemanggil, nada dering dan gambar-gambar penghias latar belakang skrin. happy juga akan memperkenalkan Pek Sim Terhad KAFA/The Red Warriors untuk para penyokong setia negeri Kelantan.

Ikuti rakaman majlis menandatangani perjanjian di pautan http://www.ustream.tv/recorded/12188569 yang disediakan oleh TRW TV.


 Berita ini dipetik :  http://trwfmradio.blogspot.com/

Sabtu, 22 Januari 2011

MAMPUKAH THE RED WARRIORS MEMBAHAM THE RED GIANT ??



by:Ijul dan Kelantafc
Grafik:Anazs

2011 menyaksikan pasukan The Red Warrior hadir ke Stadium Shah Alam untuk merebut Piala Sultan Ahmad Syah pada 29 Januari ini,tanpa  3 tonggak utama (Indra,Farhan dan Azizi) yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia di Bukit Jalil lewat tahun 2010.

Segala perancangan dan persiapan rapi Persatuan Bola Sepak Kelantan untuk menjadikan pasukan The Red Warrior  sebagai sebuah pasukan “ideal” pada musim ini,sedikit tempang,gara-gara tindakkan “3 Trio” yang beralih angin ke pasukan T-Team melalui “pintu belakang”.

Rekod pertemuan antara Kelantan melawan Selangor di Stadium Shah Alam,menunjukkan The Red Warrior hanya mampu mencatatkan keputusan seri.Sama ada dalam aksi Liga Super atau pun Piala Malaysia.

Harus diingatkan,Pasukan Selangor merupakan sebuah pasukan yang cukup berpengalaman dalam aksi Piala Sultan Ahmad Syah.

Sejak piala Sultan Ahmad Syah diperkenalkan pada tahun 1985 Selangor merupakan pasukan pertama yang bertanding dan berjaya merangkul piala tersebut dengan menundukkan Pasukan Pahang 2-1.

Malah,Selangor telah pun menjuarai piala ini sebanyak 8 kali dan 4 kali sebagai naib juara.

Kini Selangor bergelar juara bertahan Piala Sultan Ahmad Syah yang dimenangi 2 tahun berturut-turut apabila menundukkan Kedah 4-1 pada 2009 dan menewaskan N.Sembilan 2-1 pada tahun 2010.

Manakala bagi pasukan The Red Warrior pula,inilah kali pertama bertanding dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah.

Persoalannya, mampukah The Red Warriors merebahkan The Red Giant di gelanggang keramat mereka???. Sama-sama kita nantikan.




Tiga bekas Pemain Kelantan Ganggu Perancangan T-Team?



By:KelantanFC
Grafik:Anasz

Impian T-team untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu piala musin ini ,mungkin sedikit terencat.Malah kesebelasan pemain utama T-team juga mungkin terpaksa dibubarkan,andaikata keputusan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang akan bersidang 26hb Januari 2011 ini,tidak memihak kepada mereka.

Ketiga-tiga pemain T-Team yang akan mengadap Jawatankuasa Status pemain FAM isnin ini, ialah Indra Putra Mahyuddin,Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.Mereka didakwa atas kesalahan melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Dalam pada itu,Bernama hari ini,melaporkan Ketua Jurulatih T-Team Yunus Alif,memohon agar Jawatankuasa tersebut dapat membuat keputusan dengan bijaksana,bagi membolehkan ketiga-tiga pemain tesebut beraksi.Malah Yunus juga berkata ketiga-tiga pemain tersebut tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pasukan,walaupun hari-hari turun berlatih.

Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin berkata mereka yang melanggar kontrak dengan mana-mana pasukan boleh digantung selama semusim.

p/s:Sebelum ini perancangan Kafa terganggu akibat pemainnya dicuri.Kini Perancangan T-Team Pula terganggu kerana mencuri.Agaknya pembawa malang 3 orang ni????  wakakkakakakakak....

Jumaat, 21 Januari 2011

Logo Baru Liga M

Logo baru Liga M dilancar Rabu



BAYANGAN logo baru Liga M yang akan dilancarkan Rabu ini.




REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.
"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.
"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.
"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.
"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.
Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.
Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.
Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.
Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu

iNFO:MAJLIS BERSAMA RAKAN-RAKAN FB DAN AHLI KELAB PENYOKONG

Pada : 23 Januari 2011

Hari : Ahad

Masa : 12.30 tgh/hari - 3.00 petang

Tempat : Dewan KTC, Kota Bharu


Sambil ramah mesra dengan pemain dan AJK penaja sama-sama saksikan jersey musim baru yang COMPLETE design! Tidak lupa juga doa selamat untuk musim baru.

SEMUA DIJEMPUT HADIR


iNFO fACEBOOK TSAM



Khamis, 20 Januari 2011

Info:Aktiviti Ultras Kelate The Red Mania


Majlis Gotong Royong prmuafakatan,Melukis Banner,Mewarna Banner dan Latihan Chat


Tempat:Perkarangan Stadium Shah Alam Selangor

Tarikh:22hb Januari 2011

Hari:Sabtu (1pm)

Objektif: Mengeratkan silaturahim dan juga menanamkan sifat jatidiri dan juga keprofesionalan dalam erti menjadi pyokong sejati.


Semua dijemput hadir dan yang berminat boleh menyertai kami disana.



Sumber:DJZack TRWFM

Rabu, 19 Januari 2011

RIZAL HASHIM Mohon Maaf..



Link:http://www.facebook.com/notes/muhammad-rizal-hashim/ucapan-maaf-kepada-semua-penyokong-bola-sepak-kelantan/494044612074


"kepada semua penyokong bola sepak Kelantan, saya menghulurkan salam kemaafan. Saya tidak bermaksud mengguris hati sesiapa tetapi sekadar menghantar mesej kepada segolongan kecil supaya tidak menggunakan kata-kata kesat dalam berbahas. bagi mereka yang menganggap saya tidak boleh menerima kritikan, saya luluskan semua komen-komen yang memburukkan saya dalam blog saya. terima kasih kepada semua yang menghantar maklum balas dalam bentuk dorongan mahupun teguran. Saya pernah menyebut dalam TV penyokong Kelantan pada dasarnya ghairah dan mewarnai bola sepak tempatan. Pandangan ini tidak berubah...wassalam" :Mohammad Rizal Hashim

Selasa, 18 Januari 2011

BOLA : MUHAMMAD RIZAL HASHIM vs PENYOKONG KELANTAN FA

BOLA : MUHAMMAD RIZAL HASHIM vs PENYOKONG KELANTAN FA

 Artikel ini dipetik dari Facebook:http://www.facebook.com/notes/menulis-menggunakan-keyboard/

by Menulis Menggunakan Keyboard on Monday, January 17, 2011 at 9:44pm


Assalamualaikum kepda semua..

Penulis berasa terpanggil untuk mengupas akan isu ini

di sini dapat di lihat masih wujud sentimen kenegerian yang menebal di kalangan penyokong kelantan, ini yang kita mahukan..Tetapi pada masa yang sama, adakah protes tersebut betul betul memberi impak yang positif?

RIZAL HASHIM

  • sememangnya beliau dikenali ramai peminat sukan tanah air sebagai blogger sukan yang terkenal..
  • beliau selalu membanggakan diri beliau yang dikatakan memperkenalkan agar beberapa pemain negara dapat beraksi di liga luar negara.
  • cukup lantang mengkritik apa yang perlu di kritik dan dirasakan betol oleh nya
  • pernah menaikkan kemarahan penyokong kelantan semasa ulasan berkenaan sikap penyokong kelantan semasa menjadi tetamu di sebuah stesen televisyen tempatan
bagi pandangan penulis...

apa yang dikatakan oleh oleh beliau sebagaimana dipetik didalam blognya dan sisipan kosmo " rembat " yang berbunyi

Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.

Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.
Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan.

adalah amat tidak wajar...
sekiranya beliau merasakan apa yang ditulis adalah betul , maka beliau tidak seharusnya cuba bermain api dengan mengungkit bahawa beliau pernah menulis tentang kejayaan kelantan dalam keluaran yang lepas...
usah dikenang barang yang lepas bro.....

sila baca blog beliau:
http://rizalhashim.blogspot.com/2011/01/khas-buat-segelintir-penyokong-kelantan.html

apapon.. diharap semua penyokong penyokong kelantan bersikap lebih rasional dari emosional, disinilah kita dapat menunjukkan kematangan kita dalam menyokong pasukan kita..

biarlah beliau merujuk beberapa nama dalam blog beliau dan kata kata seerti di bawah
Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu..
beliau tidak perlulah menyamakan mereka ini sebagaimana penyokong indonesia.. atau mengatakan kemungkinan mereka yang bergaduh dengan penyokong selangor..

dalam hati aku, BRENGSEK BETOL LAH MAMAT NI..

apa motif beliau berkata demikian?

beliau juga mencadangkan dan mencabar agar diadakan diskusi .. perlu diingat, beliau sekali lagi memperlekehkan mereka mereka ini dengan perkataan kelas ketiga.. hallo bro... siapa yang menentukan kelas kelas ni? ada exam ke?
kelas nombor empat ada kat mana? nombor tercorot nombor berapa? siapa nombor dua? nombor satu dimana?

adakah saudara RIZAL HASHIM ini cakap serupa bikin?

Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanatik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah.



kalau dah bersikap terbuka, mengapa nak dipanjangkan lagi dalam blog lu bro..... agak agak aaa... diam diam sudey.... cit poorah... mengungkit la pulak... macam budak tak ada kelas...

KEPADA PENYOKONG KELANTAN.. PERLU DIINGAT.. DAH ADA PEMERHATI SEKARANG... WALL GROUP PON DAH RAMAI PENGUNJUNG.. TAHNIAH.. SECARA TIDAK LANGSUNG .. DAPAT MENINGKATKAN KEPOPULARITIAN.. MUNGKIN BOLEH MENGATASI APEK? HAHAHAHA.. APAPUN, PENULISAN KITA MENCERMINKAN SIKAP KITA... SELAMAT MAJU JAYA...

NANTI ADA IDEA ,, AKU TULIS LAGI...
ASSALAMUALAIKUM

Isnin, 17 Januari 2011

Rizal Hashim Jawab Kritikan "Penyokong Kelantan"

TUESDAY, JANUARY 18, 2011


Khas buat segelintir penyokong Kelantan



Tengok...sebelum Piala Suzuki AFF dah lama Rembat tampilkan Apek dan Matyo...ini menjelang final Piala Malaysia...tapi takde pun peminat Kelantan ucap terima kasih pun...


Entry ini sebagai reaksi kepada beberapa penyokong Kelantan yang mencemuh dan memaki hamun aku dalam wall facebook aku. Mugo Nopak misalnya menghantar mesej dalam inbox xxxx to rizal hashim!!! think u r so good and better than every one else!!! self proclaimed sports journalist my foot!!! baso gong!!! gilo babi!!! anak haramm!!!!


DjBig E Trwfm pula mengirim posting ini dalam wall FB aku - saudara RIZAL HASHIM, blogers sukan yang KONONYA tersohor, sila minta maaf secara terbuka kpd semua penyokong bola sepak,pengurusan pasukan,YB Takiyudin dan semua rkyt KELANTAN ats artikel anda dlm sisipan REMBAT KOSMO yg berbaur hasutan kenegerian. ULTRAS KELANTAN - TRM - alamak, kat sekolah dulu tak belajar ke Bahasa Malaysia standard...jadi disambut pula dengan 

Penyokong Kelantan Fa

kawe suko kelih (tengok) demo kecek ( bercakap ) dale tv tapi rupanya demo anti kelate Muhammad Rizal Hashim biarlah nok buat lagumano...dio silap cuit ore la nih.ore kelate kalu ore wat baik dio balas 10 kebaikan tapi kalu wat jahat so dio balas 10 kejahate



EyiEz Eusoff Mohd penulisan bersifat peribadi! Sekali lg salam jari tengah untuk rizal! Hahahak


Wawan Faiz Bagi kawe, saudara Rizal ni bukan anti-Kelate atau gapo. Dio ni bloger sukan yang bebas. dia juga ore kafe sukan. kawe lamo doh kenal dio nieh. dulu time dio duk puji kelate melambung dlm kafe sukan, naikkan nama kelate menerusi rembat kosmo, xdop sapo napok. time dio bidas Drama Misbun, pahtu kes ni ramai plop nak marah ko dio. tapi bab isu ni kawe xpasti bakpo dio oyak gitu. kalu nak kata dia anti kelate, xtepat sbb dulu dio sokmo backup kelate.


Memang betul orang kita ni mudah lupa!




Nampak tak kepala tajuk KEMUNCAK KEPERKASAAN HULUBALANG MERAH....eh silap, patutlah diaorang tak faham, aku tulis bahasa Perancis...I'm sorry...patutlah peminat Kelantan tak ucap terima kasih...I'm sorry...I'm sorry (intonasi ikut macam budak raja lawak tu, kebetulan dari Kelantan)





Previu Rembat menjelang final Piala Malaysia...kelebihan buat Kelantan...I'm sorry, aku tulis dalam bahasa Sepanyol...yang faham Xavi, Iniesta dan Sandro Rosell saja...I'm sorry...


Kenapa aku pilih Kelantan dalam bahasa Jerman


Kelantan ke final dalam bahasa Urdu


Kasihan Sathia dalam bahasa Tamil


entah amende tah dalam bahasa Mandarin


Kepada mereka yang bermama seperti Ultras Kopites, Mugo Nopak, DjBig E Trwfm, tidak pula tag gambar-gambar di atas iya? Setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya mencerminkan mentaliti kalian!


Kepada rakan-rakan facebook yang add aku kerana disebabkan aku blogger ke, selalu keluar tv ke, terima kasih atas sokongan. Aku approve saja, tanpa mengira korang ni sengaja nak maki aku atau tidak. Yang tidak setuju dengan aku, sila delete diri masing-masing sebelum aku delete korang eh.


Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanatik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah.


Aku cabar kauorang kalau nak berdiskusi, biar ada kelas sikit la...sikit pun takpe...tahulah u all bertaraf dunia...ketiga.


Khas buat Zarn Reyes dan Wawan Faiz, terima kasih kerana kalian peminat yang terdidik.


Bawah ni artikel yang buat dia orang mengamuk sakan.


Habis madu sepah dibuang

TIDAK lama selepas Muhammad Hafiz Hashim disambut sebagai wira lengkap dengan tengkolok sesudah menamatkan penantian 37 tahun untuk menjuarai kejohanan badminton Seluruh England pada 2003, penulis menasihatinya agar berpestalah selagi boleh.

Ini kerana budaya kita cepat lupa sumbangan dan jasa seseorang individu, sama ada dia seorang politikus, ahli sukan atau kakitangan kerajaan berpangkat besar.

Kepada setiap anggota skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu hingga diraikan oleh Jemaah Menteri, nikmatilah pesta ini. Hari ini kita hero, esok barangkali kembali jadi zero.

Jadi dalam kita asyik mendongak ke langit, memandang bintang, merenung bulan, usah lupa bumi dipijak, rumput nan hijau.

Kepada pemimpin-pemimpin yang menumpang glamour anak buah K. Rajagobal, jangan sekali-kali ingat kejayaan itu dapat menyembunyikan hakikat kelemahan pengurusan bola sepak tempatan serta program pembangunan seluruh negara yang masih banyak cacat-celanya.

Misalnya, Perak mengambil khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, sedangkan Raja Azlan Shah Raja Soib masih terikat dengan kontrak. Nasib jurulatih, semalam dipuji, hari ini dikeji.

Begitu juga dengan nasib Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose, tiga serangkai yang mengharumkan nama Kelantan tetapi tahun ini berhijrah ke T-Team.

Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.

Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.

Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan.

Juga apa sudah jadi kepada Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim?

Selepas sibuk bermain futsal dengan belia-belia kita, elok juga YB Muar ini menjadikan jawatankuasa itu sebagai wadah merevolusi bola sepak peringkat akar umbi. Usahlah sekejap ke Slovakia, sekejap ke Everton, ditemani pegawai-pegawai yang hendak makan angin saja!

Dalam pada itu, penulis adalah antara tiga warga Malaysia yang terbabit dalam proses undian Anugerah FIFA Ballon d’Or. Selaku jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memilih Andres Iniesta, Xavi dan Mesut Ozil, manakala kapten Norhafiz Zamani Misbah mengundi Xavi, Wesley Sneijder dan Carles Puyol.

Penulis pula memilih Sneijder, Xavi dan Diego Forlan. Sebagai perbandingan, jurulatih Oman, Claude Le Roy, memilih Iniesta, Sneijder dan Forlan. Bos Perancis, Laurent Blanc, mengundi Xavi, Sneijder dan Iniesta. Teraju England, Fabio Capello pula, memilih Iniesta, Xavi dan Maicon.

Jika bersandarkan undian media saja, Sneijder, arkitek di sebalik kejayaan treble Inter Milan selain menyumbat lima gol membantu kemaraan Belanda ke final Piala Dunia, mencatat 7.7 peratus, mengatasi Iniesta (7.53 peratus) dan Xavi (5.96 peratus).

Begitulah bola sepak, tiada formula yang tepat, tiada satu-satu dasar yang sempurna. Bola sepak Malaysia juga jauh daripada sempurna. Mungkin hanya Lionel Messi menghampiri kesempurnaan.



Rizal

Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu...



P/S:INI ARTIKEL YANG DI AMBIL TERUS DARI BLOG RIZAL HASHIM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls