Anda boleh mendapatkan embed radio MY FM di sini, utk diletakkan di blog masing-masing

DIARI TRW


PELANCARAN RED WARRIORS HAPPY SPECIAL PREPAID PACK DAN COLLECTABLES
6 APRIL 2011 l 2 PETANG l KB MALL

MINI KARNIVAL HAPPY DAN PEMILIHAN PELATIH ARMY

SABTU l 9 APRIL 2011 l KOTA BHARU



Rabu, 14 September 2011

Pasukan Pilihan Belum Bertaring

Kelantan,Terengganu,Selangor,Kedah antara 4 pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini.Namun setelah berakhirnya pusingan pertama keempat-empat pasukan ini belum menunjukkan ciri-ciri sebagai sebuah pasukan bakal bergelar juara.

Paling mengejutkan  pasukan The Red Giant dengan misi memburu Piala Malaysia kali ke-33 hanya mampu berada ditempat ketiga bagi pusingan pertama dalam kumpulan D.Anak buah K.Devan dilihat bergelut untuk mencari kemenangan  hanya menang sekali 2-0 keatas pasukan Polis FC.Sedangkan pasukan T-Team yang tidak diberi harapan untuk mara ke suku akhir mampu menewas Pasukan Polis FC dengan jaringan besar 4-0.Kini Selangor tidak mempunyai pilihan lain,kecuali menang kesemua perlawanan pusingan kedua untuk terus mara dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Nasib yang sama juga dialami pasukan Sang Kenari yang berada dalam kumpulan A .Selepas menang 2-0 keatas Johor di gelanggang lawan,sama sekali tidak diduga Kedah tewas 2 kali berturut-turut selepas itu kepada Sabah dan Perak.Dengan mengumpul 3 mata,Kedah mungkin antara pasukan pilihan yang terawal akan tersingkir dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Terengganu pasukan pilihan dalam kumpulan B  juga gagal mempamerkan ciri-ciri sebagai pasukan yang bergelar juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super apabila hanya mampu mendudukki tangga ke-2 selepas tewas 1-0 kepada Skuad Sang Rusa dalam aksi ketiga pusingan pertama peringkat kumpulan.Namun begitu,Terengganu dilihat mempunyai peluang untuk terus mara keperingkat suku akhir.Selepas ini,Terengganu akan bertemu dengan lawan pemanas badan Sime darby dan menanti kunjungan N.Sembilan di laman sendiri.

Kelantan yang hadir dengan misi mempertahan gelaran Juara Piala Malaysia juga dilihat belum mampu mempamerkan aksi sebenar.Hampir-hampir dimalukan di laman sendiri oleh pasukan berstatus kelab yang paling berjaya Johor FC apabila menang tipis 2-1.Kelantan yang dilihat akan menang mudah ke atas Felda FC yang pernah ditewaskan dengan jaringan 6-0  tersungkur  diluar jangkaan pemerhati bola sepak tempatan.sebaliknya Felda FC dengan bangga menewaskan The Red Warriors 2-0 di Stadium Selayang.Kelantan kini berada ditangga ke-2 dalam kumpulan C.

Pusingan Kedua kempen Malaysia akan bermula 17 September ini.Dimana Kedah Terengganu,Selangor dan Kelantan akan beraksi dilaman sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2010
Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
13 November 2010
Pahang 0-1 Johor - Stadium Darul Makmur.
Kelantan 3-0 Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Perak 1-2 (Nov 14) Terengganu - Stadium Perak, Ipoh.
MASUM 1-3 Kedah - Stadium UiTM, Shah Alam.

Jadual Pusingan Kedua Suku Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
26 November 2010
Johor 1-1 Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu.
Perlis 2-2 Kelantan- Stadium Kangar,Perlis.
,
Terengganu 5-0 Perak - Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
Kedah 5-2 MASUM - Stadium Darul Aman, Alor Setar.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan Pertama Piala Emas Raja-Raja 2010
30 November 2010
Selasa
Kelantan 3-0 Terengganu- Stadium Sultan Muhammad ke IV
Johor 1-2 Kedah-Stadium Larkin, Johor Baharu.
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Jadual Separuh Akhir pusingan kedua Piala Emas Raja-Raja 2010
6 November 2010
Selasa
Terengganu 0 vs 0 Kelantan- Stdm Sultan Nasarrudin K.Trg.
(kelantan layak dengan agregat 4-0)
Kedah 0 vs 0 Johor-Stadium Darul Aman,Alor Star.
(Kedah layak ke final dengan agregat 2-1)
*Semua perlawanan berlangsung 8.45 malam

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010
11 December 2010
Sabtu
Kelantan 0 VS 0 Kedah
(Kelantan Menang melalui sepakan penanti 4-3)
std.Sultan Muhammad ke-IV
8.45 malam
SIARAN LANGSUNG DI TRWFM:SILA KLIK..
http://trwfmradio.blogspot.com
http://72.20.10.52:8000/listen.pls